Saudara Baru Memeluk Islam

Kapt Darren Tan Abdul Qayyum menerima sumbangan Hari Raya Aidil-adha
dari Kol. Hj Romli


Hadith :

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”


(al-Bukahri)
Alhamdulillah.....bersyukur kepada Allah-taala kerana telah memberi taufik dan hidayah kepada saudara baru kita iaitu Kapt. Darren Tan Abdul Qayyum bin Abdullah TUDM yang telah memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah pada 01hb. November,2011 bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  bersaksikan Ustaz Nazaruddin dan juga Ustaz Saifullah dari KAGAT. Marilah kita sama-sama membimbing beliau ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Aminnnn....