Sekitar Program Qurban & Aqiqah Perdana 1436H/2015M Bersama Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia

Alhamdulillah...program qurban dan aqiqah perdana telah berjaya di sempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia iaitu YB Datuk Wira Mohd Johari bin Baharum. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara. Jumlah lembu korban tahun ini sebanyak 19 ekor tidak termasuk yang sembelih sehari sebelum Aidil-Adha. Keseluruhan program berjalan lancar. Terima kasih atas sokongan serta kerjasama semua.

Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung...

YB Datuk Wira Mohd Johari bin Baharum Timbalan Menteri Pertahanan bersama jemaah mendengar Khutbah Hari Raya Aidil-Adha

Jemaah Mengaminkan Doa yang dibacakan oleh Imam

Pengerusi majlis, PW U I Ismail bin Awang menyampaikan Ucapan

Jemaah mendengar ucapan pengerusi majlis

Diantara jemaah yang hadir menunaikan solat Hari Raya Aidil-adha

Simbolik penyerahan pisau sembelihan oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan kepada Ketua Penyembelih, YBhg Ustaz PW 2 Jamaludin bin Kasim disaksikan oleh
Pemangku Komander Pangkalan



Sarapan pagi disediakan untuk tetamu yang hadir

Diantara lembu yang sedia untuk dikorbankan












Kumpulan pemotong tulang yang diketuai oleh Mej Amir TUDM dari Cawang Operasi telah bersiap sedia dengan peralatannya. Dua tahun berturut-turut ambil tugas ini



Ketua Bahagian Kejuruteraan No. 20 Skuadron tekun memotong daging

AJK sedang berbincang sesuatu bagi melancarkan program  korban. 



Melapah dengan senyuman

AJK Multimedia, PW U I Ismail & Setiausaha 2 Masjid, Kapt Alias TUDM sedang berbicara sesuatu

Antara sukarelawan yang turut serta menjayakan program Korban & Aqiqah Perdana
kali ini. Syabas atas bantuan semua

Sukarelawan pemotong tulang





Sukarelawan Wanita pun turut membantu pada kali ini

Pengagihan Daging Korban oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan kepada jemaah yang hadir


Penyerahan daging korban turut dibantu oleh Pemangku Komander Pangkalan,
Kol Fadil TUDM

Makan Tengahari turut disediakan kepada petugas serta hadirin

Jurufoto kita sedang berehat

Pengagihan daging korban kepada hadirin oleh Pemangku Komander Pangkalan




Kami AJK Program Qurban & Aqiqah Perdana 1436H/2015M ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua terutamanya petugas-petugas yang sentiasa bekerjasama memberi sokongan serta bantuan tenaga untuk menjayakan program korban pada tahun ini. Sekiranya ada kekurangan dan sebagainya di pihak kami, jutaan kemaafan juga dipohonkan. Kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan-Nya. Terima kasih dan In Shaa Allah jika dipanjangkan umur jumpa lagi untu kprogram 1437H.