Mesyuarat Agong tahunan yang bermula pada pagi ini telah memulakan persiapan awal pada 28hb. Mac 2012 mulai jam 1600H . Kali ini pihak masjid telah menyumbangkan seekor lembu untuk jamuan para hadirin yang menghadiri mesyuarat Agong dijangka bermula jam 0900H pagi ini. Inilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semalam.
 |
Bergotong-royong Mencincang Daging |
 |
Bahagian Memotong Tulang |
 |
Bertungkus-lumus sehingga ke malam untuk menyiapkan tugas |
 |
Petugas Bahagian Dapur |
 |
Menjamu selera |
Majlis persiapan dan tugas-tugas memasak selesai dijalankan kurang lebih jam 0230H dan pihak masjid megucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan jasa baik tuan-tuan dengan memberi sepenuh kerjasama menjayakannya. Semoga jasa baik serta sumbangan tenaga ikhlas tuan-tuan, hanya Allah yang membalasnya dengan kebaikan. Insya-Allah.