Asallamualaikum w.b.h.....
Untuk makluman semua, solat sunat Hari Raya Aidil-adha 1433H/2012 akan bermula pada jam 0830H di masjid Pangkalan Udara Subang pada 26 Okt 2012 bersamaan hari Jumaat, dan
Majlis Ibadah Qurban/Aqiqah Perdana akan dijalankan pada 29 Okt 2012 bersamaan hari Isnin bermula jam 0700H sehingga jam 1400H seperti diatas. Waktu penyembelihan dijadualkan pada jam 0810H. Pengagihan daging korban menggunakan sistem kupon dimana kupon boleh didapati daripada Ketua Blok/ Penghulu masing-masing.
Sesiapa yang berkelapangan pada hari Ahad 28 Okt 2012 bolehlah hadir di masjid untuk gotong-royong bersama ahli qariah. Kerjasama ahli qariah amatlah dihargai demi memakmurkan masjid kita.
Wasalam.