![]() |
Solat Tiang Agama |
Sembahyang sama
ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti
berikut:
1. Berdiri tegak
dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran
bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam
sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah
sunat.
2. Niat dalam hati
ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan
sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.
3. Takbiratul
ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga
dengan lafaz
atau
. Syarat-syarat takbir ialah :
·
Ucapan takbir
dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
·
Melafazkan takbir
dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
·
Takbir diucapkan
dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat
belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
·
Semua huruf yang
diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
·
Ucapan itu
hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
·
Semasa melafazkan
takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca
Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan
lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:
·
Bacaan itu
hendaklah didengari oleh diri sendiri.
·
Bacaan itu
hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf
yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
·
Janganlah
terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
·
Bacaan itu hendaklah
dalam bahasa Arab.
·
Bacaan itu
hendaklah dalam keadaan berdiri.
·
Semua ayat
hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan
jika imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku‘, iaitu
tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada
kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan
belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut
dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk
dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa
diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu
berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
6. I‘tidal selepas
ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan
berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah
dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan
tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu
panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali
dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang
ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
·
Terbuka dahi tanpa
berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
·
Sujud hendaklah
berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya),
kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
·
Bahagian paling
bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas
(kepala) sekadar yang termampu.
·
Sujud tidak
dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan
pergerakannya.
·
Tidak diniatkan
selain daripada sujud sembahyang.
·
Dahi hendaklah
ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan
pada kain jika terdapat di bawahnya.
·
Tama’ninah ketika
sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:
·
Bangkit dari sujud
itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
·
Jangan terlalu
lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
·
Dilakukan dengan
tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota
dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.
9. Duduk tahiyyat
akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir
setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara
duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki
kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan
menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan
menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki
kanan itu menghala ke qiblat.
10. Membaca
tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah
seperti berikut:
Syarat-syarat
tasyahhud adalah seperti berikut:
·
Bacaan itu
hendaklah didengari oleh diri sendiri.
·
Bacaan hendaklah
berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
·
Bacaan itu
hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
·
Bacaan itu
hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
·
Semasa membacanya
hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya
(baris sabdu).
·
Pembacaannya
hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya
·
Bacaan itu
hendaklah didengari oleh diri sendiri.
·
Hendaklah dengan
lafaz “Muhammad”
. Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah”
atau “An-Nabiy”
.
·
Hendaklah dengan
bahasa Arab kecuali tidak mampu.
·
Bacaan itu
hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.
12. Salam yang pertama
yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali
terakhir. Syarat-syaratnya ialah:
·
Dimulakan kalimah
salam dengan alif dan lam
iaitu
, maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin
.
·
Diucapkan dengan
“kaf al-khitab”
bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
·
Setiap kalimah
hendaklah disambung dengan yang lainnya.
·
Diucapkan dengan
dimasukkan “mim al-jama‘”
yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak
ramai.
·
Diucapkan salam
dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
·
Ucapan itu
hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak
bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
·
Ucapan itu
hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
·
Ucapan dilakukan
dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
·
Ucapan itu
hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.
13. Tertib di
antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya
dikemudiankan.