Alhamdulillah... kursus sembelihan telah berjaya diadakan dengan jayanya di masjid Pangkalan Udara Subang pada 24hb. April 2014. Kursus yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) . Peserta kursus diberi latihan teori dan praktikal bagaimana cara sembelihan yang betul dan di kategorikan HALAL. Sebanyak 2 ekor kambing biri-biri dan kurang lebih 50 ekor ayam disembelih. Hasil sembelih dimasak dan dihidangkan semasa majlis ceramah bulanan bagi bulan April 2014. Di akhir kursus, peserta diberi Sijil Penyertaan Kursus Sembelihan Bukan Komersial oleh pihak JAIS.
Berikut sebahagian gambar yang sempat dirakamkan;
 |
Pendaftaran Peserta Kursus |
 |
Kakitangan KAGAT yang terlibat dalam penganjuran kursus |
 |
Sebahagian Peserta Kursus Mendengar Taklimat Sembelihan |
 |
Kambing yang sedia untuk disembelih untuk latihan praktikal |
 |
Peserta Menyembelih Kambing |
 |
Kambing ke-2 untuk disembelih |
 |
Proses melapah kambing untuk proses berikutnya |
 |
Peserta kursus Pendidikan Islam Fardhu Ain (PIFA) Siri 02/14 turut membantu
Sekian terima kasih dari kami.
|