Selamat Hari Raya Aidil-Adha 1432H


Hadith :

Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.

(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Sempena Hari Raya Aidil-Adha 1432H, pihak masjid akan mengadakan upacara Qurban dan Aqiqah pada Hari raya Aidil-adha iaitu pada 06hb, November 2011 bersamaan hari Ahad. Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran semua yang beragama Islam bagi menjayakan majlis Qurban dan Aqiqah tersebut. Pengagihan daging qurban akan dilakukan sebaik sahaja semua kerja-kerja selesai dijangka sebelum solat zohor. Kerjasama serta sokongan semua amatlah diharapkan.