Kisah Cinta

Solat Tiang Agama

Cinta pada dunia, dunia akan pergi. Cinta pada manusia, manusia akan mati.Cintalah pada ALLAH kerana Dialah yang kekal abadi. Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta pada yang maha Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih kita turutkan. Tapi kita kurang rasa cinta pada yang Esa.

Kita mengaku menyintai ALLAH tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala diabaikan. Adakah itu bukti kita kepada ALLAH?

Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang di panggil cinta abadi kepadaNya? Amalan kita hanya ala kadar sahaja. Sedarlah amalan yang kita bangga selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta kita kepada ALLAH. Cinta sebenarnya ialah cinta yang di penuhi keikhlasan begitu juga amalan kita kepadaNya. 


Tanda-tanda Cinta Kepada ALLAH:

1:Cinta kepada kematian.
2:Bermunajat kepada ALLAH.
3:Sentiasa berzikir kepada ALLAH.
4:Berjuang di jalan ALLAH.
5:Melakukan ketaatan di rasakan nikmat.
6:Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu.
7:Menundukkan nafsu. 8:Menjalin kasih sayang sesama makhluk.
9:Takut berpaling daripada ALLAH.