Sekitar Mesyuarat Agong Tahunan Masjid PU Subang

            Buat julung kalinya mesyuarat Agong masjid Pangkalan Udara Subang telah berjaya diadakan pada hari ini dengan dihadiri oleh semua peringkat anggota muslimin dan juga muslimat juga anggota awam. Mesyuarat di mulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari ATM kategori pegawai. Selepas itu, Nazir Masjid PU Subang iaitu Kolonel Hj Romlee telah menyampaikan ucapan serta nasihat yang amat berguna untuk renungan dan iktibar semua hadirin yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan harian.
            Juga meminta semua agar memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan semua aktiviti anjuran masjid dan juga pangkalan. Majlis di susuli dengan bacaan tahlil dan doa selamat serta jamuan makan tengahari. Mesyuarat tamat sebaik sahaja selepas solat fardu zohor berjemaah.

Pendaftaran Kedatangan
AJK-AJK Masjid PU Subang
Nazir Masjid - Kol. Hj Romlee Bin Yahaya TUDM Menyampaikan Ucapan
AJK Multimedia - Kapt. Alias TUDM Menyampaikan Ucapan
Usul Berkenaan Elaun AJK dan Penceramah Jemputan
Usul Berkenaan dengan AJK Muallaf & Skrin Besar Untuk Jemaah 
Usul Berkenaan Jamuan/Hidangan Makan
AJK Sedang Memberi Penerangan serta Penjelasan
Sebahagian Muslimat Yang Hadir
Muslimin Yang Hadir
Jamuan Yang Disediakan
Muslimat Sedang Mengambil Makanan
Menikmati Jamuan Yang Telah Disediakan

Nazir dan AJK Masjid Pangkalan Udara Subang mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua. Aminnnn...