Sekitar Latihan Seni Silat Gayong

            Latihan Seni Silat Gayong Malaysia untuk kanak-kanak sekolah telah diadakan seperti biasa pada petang tadi dengan dihadiri oleh 50 peserta dimana terbahagi kepada dua kategori iaitu peserta lelaki seramai 37 orang manakala peserta wanita seramai 13 orang. Walau bagaimanapun latihan berjalan serentak. Peserta termuda berumur 5 tahun. Kelihatan semua peserta begitu bersemangat sekali walaupun ini permulaan bagi mereka untuk belajar seni mempertahankan diri. 

Inilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk semua pembaca blog masjidpusubang...



            Penyertaan masih lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Latihan Seni Silat Gayong Malaysia anjuran Masjid Pangkalan Udara Subang. Latihan untuk kanak-kanak sekolah ialah setiap hari Ahad bermula jam 1700H, manakala bagi dewasa pula ialah pada setiap hari Rabu selepas solat Fardu Isyak.
Tuntulah ilmu dunia dan akhirat..wasalamm...