Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa
hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai
yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk
ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am
Nisfu Syaaban dalam bahasa
Arab bererti
setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban
adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban
merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul
Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak
tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah s.a.w telah bangun pada malam
(Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir
beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki
Baginda dan
bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa
yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku
berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu
seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda selesai sembahyang,
Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu
Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam
Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi
rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi
munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban
adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit
dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan
dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu
senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu
Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta
beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat
dalam keadaan tidur atau lalai.
-vf