MAJLIS IBADAH QURBAN/AQIQAH MASJID PU SUBANG 1433H/2012H

Untuk makluman ahli kariah Masjid PU Subang yang dikasihi sekalian, berikut adalah beberapa maklumat berkaitan Majlis Ibadah Qurban/Aqiqa Masjid PU Subang 1433H/2012M
1. Pembahagian: akan menggunakan konsep kupon. Kupon terbahagi kepada tiga jenis:
a. Kupon untuk Ahli Kariah Masjid PU Subang. - boleh didapatkan melalui penghulu blok masing-masing.
b. Kupon untuk Bukan Kariah Masjid PU Subang, tetapi berja di PU Subang. - boleh didapatkan melalui Pejabat Tadbir masing-masing.
c. Kupon Float. Untuk mereka yang bukan dari senarai di atas. permohonan boleh dibuat terus ke Pejabat Agama Pangkalan

2. Cenderahati. Baju t-shirt akan diberikan kepada petugas majlis. Namun, stok adalah terhad, pastikan nama anda didaftarkan sebagai senarai petugas. Petugas yang tidak berdaftar (atau senarai telah penuh, daftar saat akhir) mungkin boleh memohon untuk mendapatkan baju cenderahati jika ada lebihan stok, tetapi bergantung kepada stok.

3. Penyembelihan. Permohonan untuk menjadi petugas penyembelihan boleh melalui Pejabat Agama sama ada melalui surat atau berjumpa terus dengan staf Pejabat Agama.

4. Kenduri. Masjid akan menyembelih seekor lembu bagi tujuan kenduri (bukan qurban). Jamuan disediakan kepada semua yang hadir pada hari tersebut.

5. Promosi. Bagi mempromosikan majlis tersebut, pihak masjid akan menggantung poster di tempat-tempat strategik dalam pangkalan. Surat pemberitahuan juga akan dihantar ke unit-unit untuk makluman semua.

6. Keselamatan. Pembahagian daging hanya akan melalui Kaunter Pembahagian sahaja. Sebarang pengambilan daging tanpa melalui Kaunter Pembahagian tidak dibenarkan. Kawalan yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan perkara ini.

7. Jamuan. Jamuan akan disediakan sepanjang majlis.

8. Kebersihan. Harap semua yang hadir dapat menjaga kebersihan kawasan masjid.

9. Peralatan. Petugas diseru untuk membawa sendiri pisau yang sesuai untuk melapah dan menyiang daging bagi melicinkan kerja-kerja tersebut.

Terima Kasih.