Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1434H jatuh pada 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….
Maksudnya:
Allah
SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang
Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan
Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam
keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku
dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku
melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau
menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon
kepadaMu.
Wahai
Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia
agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan
harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan
kesejahteraan ke atas mereka.
Maksudnya:
Allah
SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai
Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru
yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di
sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha
Agung dan Maha Mulia.
Wahai
Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke
atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
kredit kpd : http://sitik.wordpress.com