Gambar-Gambar Sekitar Persiapan AGM 2013

Mesyuarat Agong Tahunan Masjid Pangkalan Udara Subang telah berjaya diadakan pada 07hb. Mei 2013 bersamaan hari Selasa iaitu dua hari selepas PRU-13. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pihak masjid telah menyembelih seekor lembu untuk dibuat kenduri. Kehadiran muslimin dan muslimat amatlah menggalakkan. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar persediaan AGM 2013;
Petugas-petugas bekerjasama menumbangkan lembu untuk disembelih

Kerja-kerja melapah sedang dijalankan

Suasana dibahagian dapur menyiapkan bahan-bahan atau ramuan untuk dimasak oleh pelatih-pelatih dari PLPP

Suasana dirumah memasak

Kerja-kerja melapah dibuat dengan teliti 

Sebahagian pelatih-pelatih PLPP yang memberi kerjasama

Komander Pangkalan, KCK, Ustaz Pangkalan serta jemaah menjamu selera

Kerja-kerja memasak diteruskan walaupun hingga lewat malam

Ustaz kita

Selamat menjamu selera

Sedia untuk digoreng

Petugas-petugas yang memainkan peranan penting didapur.

Komander Pangkalan sedang berucap dan barisan kiri dan kanan adalah AJK-AJK

Pegawai Agama Pangkalan sedang memberi maklumbalas atas segala pertanyaan dari jemaah yang hadir

Kami pihak Ahli Jawatankuasa masjid merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama serta bantuan tenaga secara langsung ataupun tidak langsung dari muslimin dan muslimat sekalian demi menjayakan majlis Mesyuarat Agong Tahunan Masjid Pangkalan Udara Subang Tahun 2013. Terima kasih juga kerana telah memberi cadangan dan usul yang membina untuk kebaikan semua. Nasihat dari Komander Pangkalan juga merangkap Nazir masjid, menyatakan "Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ada masalah ataupun cadangan bolehlah berhubung terus dengan pihak masjid samada melalui saluran-saluran yang disediakan seperti penggunaan peti cadangan, email, blog dan juga facebook masjid atau lebih baik berhubung terus dengan ustaz-ustaz kita yang ada". In sha Allah kita sedia membantu.

Allah sahaja yang dapat membalas jasa bakti semua.....