Forum 'Ku Ketuk Pintu Ramadhan'

Ku Ketuk Pintu Ramadhan
04 Jul 2013 -In sha Allah hari ini selepas solat fardhu Maghrib, Masjid Pangkalan Udara Subang berpeluang menganjurkan forum yang bertajuk 'Ku Ketuk Pintu Ramadhan' sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh barokah tidak beberapa hari lagi. Moderator forum ini adalah Komander Pangkalan juga merangkap Nazir Masjid iaitu Brig Jen Hj Romlee bin Yahaya TUDM manakala ahli-ahli panel terdiri daripada jemputan khas yang mempunyai latarbelakang serta pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Forum julung kali akan diadakan di Masjid Pangkalan Udara Subang ini hasil cetusan idea Komander Pangkalan sendiri sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan yang penuh Barokah ini. Beliau meminta semua lapisan anggota dan juga masyarakat sekeliling dapat menghadirkan diri demi menjayakan forum kali ini. Inilah sebahagian daripada langkah-langkah untuk mengajak muslimin dan muslimat mendekatkan diri dengan masjid terutama sekali anak-anak kita yang sedang membesar.

Semoga Ramadhan yang akan datang ini dapat dilipatgandakan amalan kita dan kita semua dapat beristiqamah sehingga selepas Ramadhan nanti. 

Wallahualam...