Hebahan Penyertaan Tahlil Sempena Ramadhan 1434H/2013M

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1434H yang tidak beberapa hari sahaja lagi, Masjid Pangkalan Udara Subang telah merancang beberapa aktiviti bagi tujuan menghidupkan suasana bulan yang penuh keberkatan itu. Program yang dirangka adalah berkonsepkan "Taqrrub Ila Allah". 

Antaranya ialah Majlis Tahlil Arwah setiap hari di bulan Ramadhan pada tahun ini. 
Sesiapa yang berhajat untuk menghadiahkan tahlil kepada keluarga sempena Ramadhan ini, bolehlah mengambil borang di Pejabat Agama Pangkalan yang telah disediakan dan memajukan ke Pejabat Agama Pangkalan. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian samb. 4515 untuk keterangan lanjut.
Semoga Amal Ibadat Kita Diterima Allah Hendak-Nya. Ammiinn..