Program Tadarus Al-Quran Lelaki Dan Wanita Sempena Ramadhan Al-Mubarak Tahun 1434H/2013M

     
Program Tadarus Al-Quran untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Masjid Pangkalan Udara Subang, masa yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Lelaki      : Selepas Solat Tarawih
b. Wanita    : 0800H hingga 1000H

    Tujuan program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada semua peringkat anggota meningkatkan lagi ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Justeru itu, semua peringkat pegawai dan anggota termasuk kakitangan awam lelaki dan perempuan di jemput menyertai program yang mulia ini. Kepada yang berminat di jemput menghadirkan diri pada malam pertama Ramadhan bagi lelaki dan hari pertama Ramadhan bagi wanita di Masjid Pangkalan.

Semoga setiap amalan kita dilipatganda oleh Allah s.w.t