Sekitar Forum 'Ku Ketuk Pintu Ramadhan'

05 Jul 13 - Alhamdulillah malam tadi Masjid Pangkalan Udara Subang telah berjaya menganjurkan forum sempena menyambut Ramadhan bertajuk 'Ku Ketuk Pintu Ramadhan'. Forum bermula selepas solat fardhu Maghrib dan  tamat pada jam 1000 malam. Di akhir forum ini, Komander Pangkalan iaitu Brig Jen Hj Romlee Bin Yahaya TUDM mengambil kesempatan menghebahkan aktiviti-aktiviti yang akan berlaku di sepanjang bulan Ramadhan 1434H ini. 


Gambar yang sempat dirakamkan sepanjang forum tersebut;

Moderator & Ahli-ahli Panel berpengalaman dalam bidang masing-masing
Hadirin sedang khusyuk mendengar ahli-ahli panel menyampaikan ucapan    
Tetamu yang hadir 
Tetamu Yang Hadir
Terima kasih dengan sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan forum julung kali diadakan di Masjid Pangkalan Udara Subang. Sekiranya terdapat kekurangan dan sebagainya kami memohon jutaan kemaafan. Yang baik itu dari Allah dan yang kurang baik itu datang dari kami sendiri sebagai insan yang kerdil. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.
Wallahualam...