Sekitar Program Remaja Rai Ramadhan 1434H/2013M

06 Jul 2013 - Masjid Pangkalan Udara Subang telah berjaya menganjurkan satu lagi program sempena meraikan Ramadhan bermula dari 05 Julai 2013 sehingga 06 Julai 2013 bertajuk Remaja Rai Ramadhan dimana penyertaan terdiri dari anak-anak tentera berumur antara 10 hingga 16 tahun terbuka kepada lelaki dan juga wanita. Walau pun had umur dibuka untuk 10-16 tahun sahaja, akan tetapi ada juga ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka  berumur 07 tahun (dengan bimbingan abangnya) menyertai program ini. 

     Program ini diuruskan sepenuhnya oleh IQ Class Management iaitu penganjur terbaik program latihan dan motivasi yang holistik. Program tamat pada 06 Julai 2013 iaitu selepas solat Asar berjemaah. Komander Pangkalan Brig Jen Hj Romlee bin Yahaya TUDM amat berpuas hati dengan program ini dan beliau mengharapkan sekiranya ada pihak-pihak yang ingin menaja program untuk sedemikian amatlah di alu-alukan. 

        Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berjalan. Kegembiraan anak-anak memang terserlah.
Semangat membaca walaupun semasa makan

Peserta termuda 
Kegembiraan bersama rakan-rakan
Makan dulu
Sedapnya
Khusyuk dan bersemangat mendengar taklimat
Peserta perempuan

Posing dulu sebelum makan
Menikmati makanan tengahari yang disediakan 
Peresrta perempuan menjamu selera
Menjamu selera
Seronok
Sesi Pendaftaran
Anak-anak yang bersemangat untuk menuntut ilmu
Peace
Taklimat sebelum program bermula

Jutaan terima kasih pada semua yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.