Bacaan Surah Al-Kahfi





























       Alhamdulillah...bermula malam tadi 21 Ogos 2014 Khamis malam Jumaat, pihak masjid Pangkalan Udara Subang telah mengorak langkah dengan mengambil inisiatif mengadakan bacaan surah Al-Kahfi menggantikan bacaan surah Yaasin (yang kebiasaannya dibaca setiap minggu pada malam Jumaat). 

     Bacaan surah Al-Kahfi akan dibacakan setiap bulan minggu ke-3 pada hari khamis malam Jumaat manakala bacaan surah Yaasin akan dibacakan pada minggu pertama dan ke-2. Minggu ke-4 pula akan diadakan program ceramah bulanan.

Antara kelebihan mebaca surah Al-Kahfi:

1. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

2. Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Bersama kita mengimarahkan masjid Pangkalan Udara Subang.