Sekitar Program Korban Perdana Tahun 2014

7 Oktober 2014 - Alhamdulillah..Masjid Pangkalan Udara Subang telah berjaya menganjurkan Program Korban Perdana 1435H/ 2014M pada 7 Oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijjah 1435H iaitu pada Hari Raya Aidil-Adha ke-3. Lembu korban tahun ini sebanyak 17 ekor termasuklah sumbangan daripada penyumbang-penyumbang luar. Program bermula dengan acara simbolik penyerahan pisau sembelihan oleh YBhg Panglima MAWILUD 1. Kerja-kerja melapah/membungkus selesai jam kurang lebih 12.00 tengahari dan disusuli dengan jamuan makan tengahari selepas solat zohor. Sejurus selepas itu pengagihan daging korban terus diberi kepada jemaah yang hadir. Alhamdulillah..program kali ini berjalan lancar.

Semangat kerjasama mengeratkan silaturrahim sesama jemaah
Jamuan makan tengahari juga turut disediakan oleh pihak masjid. Mamasak secara bergotong-royong.
Petugas dari PLTT-Angkut dan PUSPEKA turut serta menjayakan program korban sambil diperhatikan oleh Ustaz KAGAT
Petugas yang tidak asing lagi bagi kariah masjid yang sentiasa menghulurkan bantuan
Petugas-petugas dari MATRA 2 juga turut membantu
Kumpulan petugas dari MPLU berusaha menumbangkan lembu. Turut hadir Panglima MPLU.
Kumpulan petugas dari N0. 20 Skuadron
Pegawai Kanan Agama, Ust. Mej Razailan (No.2 dari kanan) dan Setiausaha Masjid, Lt Kol Norzi Azman ( Kanan) bersama jemaah bergotong-royong untuk persiapan memasak.
Petugas-petugas yang meluangkan masa untuk bergotong-royong sebagai persediaan hari sebenar
Pegawai Agama gembira dengan kelancaran program korban perdana kali ini
Komander Pangkalan juga merangkap Nazir Masjid Pangkalan Udara Subang, menyampaikan daging korban kepada tetamu yang hadir
Tetamu awam yang hadir
Sehari sebelum program korban dijalankan..penjagaan lembu
Petugas bahagian penyediaan makanan tengahari untu kjemaah yang hadir
Lembu yang sedia untuk dikorbankan

Kami bagi pihak AJK masjid mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan tenaga bakti tuan-tuan bagi menjayakan Program Korban Perdana kali ini, Sekiranya terdapat kesilapan dan serba kekurangan dipihak kami, kemaafan kami pohonkan. 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA maaf zahir batin.