MESYUARAT AGUNG MASJID TAHUN 2016


Mesyuarat Agung Masjid Pangkalan Udara Subang telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Mac 2016 bermula jam 09.00 pagi. Dipengerusikan sendiri oleh Komander Pangkalan merangkap Nazir Masjid, YBhg Brig Jeneral Shamsuddin bin Kassim TUDM. Jemaah yang hadir berdaftar seramai 354 orang. Mesyuarat ini telah mencapai tujuannya demi pembangunan ummah sejagat. Terima kasih pada semua yang menjayakan mesyuarat kali ini.
Nazir Masjid, YBhg Brig Jen Shamsuddin bin Kassim TUDM mempengerusikan majlis
Barisan Ahli Jawatan Kuasa Masjid
PW U II Saliza binti Yusof ( AJK Hal Ehwal Wanita) dan PW U I Ismail bin Awang @ Che Lah ( AJK Multimedia)
Timbalan Nazir Masjid, Lt Kol Omar bin Dawami TUDM membincangkan sesuatu dengan Pegawai Agama Kanan Pangkalan, YBhg Ust Mej Hj Razailan bin Rhani @ Firdaus
Timbalan Setiausaha 1, Kapt Alias bin Mustapa TUDM  (kanan) bersama dengan Timbalan Bendahari menerangkan status terkini kewangan masjid 
Sesi soaljawab untuk pembangunan masjid
Sebahagian jemaah wanita yang hadir
Antara pegawai-pegawai TUDM yang hadir dari No.16 Skuadron
Jemaah mendengar taklimat oleh YBhg Nazir masjid
YBhg Nazir bersama barisan AJK yang telah dilantik untuk menjalankan amanah besar demi pembangunan syiar Islam
Sebahagian jemaah yang hadir yang majoritinya adalah dikalangan anggota tentera kerana masjid ini di kategorikan Masjid Institusi dimana pentadbiran adalah dari Institusi sendiri dengan kerjasama JAIS
Gambaran keseluruhan dewan solat yang penuh dengan jemaah

Kami Ahli Jawatan Kuasa Masjid memohon maaf sekiranya sepanjang perjalanan mesyuarat kali ini terdapat skekurangan dan sebagainya kerana kita hanya merancang yang terbaik. Masjid kita masih dalam pembangunan. Terima kasih juga kepada petugas-petugas yang sentiasa memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi apabila adanya setiap aktiviti yang dijalankan di masjid khasnya kepada 'kumpulan memasak' untuk jamuan dan juga peserta-peserta kursus Pendidikan Islam Fardhu Ain (PIFA) Tahap 1, 2 dan 5 yang banyak membantu perjalanan mesyuarat ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik semua. Aminnn....