Majlis Perasmian Pusat Pengajian Al-Quran Dan Hafazan Masjid Pangkalan Udara Subang

6 Dis - Alhamdulillah tercatat satu lagi sejarah dengan Pelancaran Pusat Pengajian Al-Quran dan Hafazan di masjid Pangkalan Udara Subang, disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia pada jam kurang lebih 1230H. Kelas pengajian ditempatkan di bahagian 'sayap kiri' masjid. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini untuk keselesaan menimba ilmu, dan secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid pada setiap masa. Dalam masa yang sama, kita dapat mendidik anak-anak untuk mendekati masjid.

Gambaran suasana dalam kelas. Pegawai Agama Pangkalan sedang membuat rehearsal mengacara majlis agar berjalan lancar  dan dipermudahkan
Plaka Perasmian 
YBhg Panglima Tentera Udara Menandatangani 'Plaka' Perasmian Pusat Pengajian Al-Quran dan Hafazan Sambil Disaksikan Oleh Pegawai JAIS dan Juga Pegawai-Pegawai Tentera
YBhg Panglima Tentera Udara Menyampaikan Ucapan Sempena Perasmian Pusat Mengaji Al-Quran dan Hafazan Sambil Diiringi Oleh YBhg Komander Pangkalan Udara Subang Merangkap Nazir Masjid
Gambaran Pintu Masuk Utama
PELANCARAAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAAN DAN TAHFIZ (MODUL TADIKA). Anak murid bergambar bersama Ustazah-Ustazah