Majlis Berbuka Puasa & Tahlil Sempena Hari Ulang Tahun TUDM Kali Ke-59

InshaaAllah...

Majlis Berbuka Puasa & Tahlil Sempena Hari Ulang Tahun TUDM Kali Ke-59 akan berlangung dari Masjid Pangkalan Udara Subang pada 1 Jun 2017. Semua Warga TUDM dijemput hadir bagi meraikan majlis tersebut. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah disusun bermula dari jam 5.00 petang dan dijangka tamat pada jam 10.00 malam. Jom hadir berpakaian Baju Kebangsaan lengkap kerana ini adalah majlis rasmi TUDM. Ceramah khas akan disampaikan oleh YBhg Ustaz Elyas Ismail.