Seminar Solat Saintifik

30 Januari 2018.
Pangkalan Udara Subang melalui Pejabat Agama Pangkalan telah menganjurkan Seminar Solat Saintifik pada 30 Januari 2018 bertempat di Dewan Utama Solat Masjid Pangkalan Udara Subang.

Pengisian seminar berjaya dilaksanakan melalui tiga slot iaitu kepentingan solat sempurna dan saintifik, sifat-sifat solat sempurna dan diakhiri dengan praktikal telah dikelolakan oleh Prof. Dr. Hasnan bin Kasan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada 16.30.

Seminar ini menerima kehadiran yang menggalakkan daripada kalangan pegawai dan anggota, kakitangan awam dan ahli BAKAT Pangkalan Udara Subang dengan jumlah kehadiran mencapai 260 orang.

Tujuan utama seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat mengenai persoalan dan pelaksanaan solat khususnya dikalangan warga Pangkalan Udara Subang. Dengan memperbetulkan teknik pergerakan dan bacaan dalam solat berdasarkan al-quran dan as-sunnah bagi meningkatkan kualiti ibadah dan kesihatan melalui amalan solat yang berkualiti.